DUN Tioman Perlu Seiring Kerajaan Negeri Dan Pusat – Ahmad Zahid

ROMPIN, 6 Dis – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pengundi yang akan membuang undi esok pada Pilihan Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman membuat pilihan yang terbaik dengan memilih calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Johari Hussain.

Ini kerana katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), DUN berkenaan perlu seiring dengan kerajaan negeri yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selain selaras dengan kerajaan pusat.

“Dalam suasana terbaru di DUN Tioman ini, kita tahu bahawa insya-Allah dengan kemenangan calon BN nanti bukan hanya menambah kerusi yang dimiliki oleh BN Pahang, yang lebih penting lagi kemenangan ini akan memperlihatkan wajah bahawa dokongan pengundi di DUN Tioman adalah lambang sokongan kepada kerajaan Pahang yang diterajui Datuk Seri Wan Rosdy,” katanya.

Menyantuni Penduduk Tempatan
ROMPIN, 6 DIS — Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman bersama orang ramai sewaktu tiba di Program Himpunan Rakyat Bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia di Dewan Majlis Daerah Rompin petang tadi.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Himpunan Rakyat Bersama TPM di Kuala Rompin.

Turut serta Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Besar serta pimpinan yang lain.

Ahmad Zahid seterusnya berharap pengundi di DUN Tioman tidak salah pangkah dan hanya pangkah ‘dacing’.

“Jika kerajaan Pahang adalah kerajaan perpaduan negeri Pahang yang selaras dengan kerajaan perpaduan Malaysia, maka pastikan esok pengundi-pengundi di DUN Tioman jangan salah pangkah… hanya pangkah dacing supaya selaraslah pentadbiran dan dokongan politik sama dengan kerajaan Pahang, sama dengan kerajaan pusat,” tambahnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.