Parti Perlu Melangkah Ke Depan, Rapatkan Jurang Demi Malaysia – Sharkar

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Parti perlu melangkah ke depan dalam usaha memastikan perjuangan bukan sahaja diperkukuhkan malah terus diperkasa dalam usaha memastikan agenda dan kepentingan rakyat serta negara terjaga.

Justeru Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berpandangan semua pihak perlu mencari titik persamaan dan bukan masing-masing menjarakkan lagi jurang yang ada kerana rakyat hari ini telah letih dan apa yang penting adalah negara perlu bergerak ke depan.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, beliau seterusnya menyarankan agar saranan yang telah dibuat oleh Majlis Raja-Raja diperhalusi secara mendalam untuk memastikan rakyat dan negara  terpelihara.

“Eloklah kita cari titik persamaan, kita merapatkan bukan menjurangkan, keputusan dah buat. Ikutlah saranan Majlis Raja-Raja. Demi Malaysia,” katanya.

Menyusuri ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan kata-kata semangat kepada beliau untuk meneruskan perjuangan untuk negara dan kepentingan serta kebajikan rakyat terbela.

Seorang netizen yang menggunakan nama Shaifol Bukhari memberikan kata-kata semangat dengan berharap  Ketua UMNO Temerloh itu meneruskan langkah.

“Teruskan melangkah Datuk,” katanya.

Sharkar turut menjelaskan kepaada netizen yang ingin mendapatkan kepastian daripada beliau berhubung pembentukan kerajaan hari ini.

Katanya ada beberapa tanggapan yang tidak betul kerana kerajaan hari ini adalah cadangan daripada Yang di-Pertuang Agong.

“Kena cari maklumat lagi, ada tanggapan salah. Kerajaan yang ada ini cadangan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja..BN ‘part of the government’, lain-lain parti semua terima kecuali PN (Perikatan Nasional),” ujarnya. – UMNO Online