UMNO Rakam Takziah, Ketua Bahagian Langkawi Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 28 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan dan ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad, 61, yang meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Langkawi dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi di Frankfurt, Jerman.

Difahamkan Allahyarham berada di Jerman atas urusan kerja bagi kapasiti selaku Ahli Lembaga Pengarah Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Allahyarham memiliki pengalaman luas dalam bidang politik. Selain menjawat Ahli Parlimen Langkawi mulai 2013 hingga 2018, turut berkhidmat selama dua penggal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah antara 2004 hingga 2013.
Sama-samalah kita sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.