Terima Kasih Kepada Jentera Parti Dan Terima Keputusan Dengan Terbuka

KUALA LUMPUR, 21 Nov – Ketua UMNO bahagian Temerloh, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh jentera parti yang bertungkus lumus menggerakkan jentera parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke -15 Sabtu lalu.

Pada masa yang sama beliau turut mengucapkan terima kasih kepada 25,191 pengundi yang memberi kepercayaan dan mengucapkan tahniah kepada Cikgu Salamiah Mohd Nor yang telah memenangi kerusi Parlimen Temerloh.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Cikgu Salamiah Mohd Nor yang telah memenangi kerusi Parlimen P.088 Temerloh. Saya ucapkan selamat menjalankan tugas dan dapat menjadi Ahli Parlimen kepada warga Temerloh.

“Saya dengan rendah diri mengucapkan setinggi terima kasih kepada 25,191 pengundi yang memberi kepercayaan kepada saya, tidak lupa kepada jentera parti yang bersengkang mata dan bekerja keras membantu calon-calon BN  didalam kempen pilihanraya kali ini. Budi dan jasa anda hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya,” katanya menerusi catatan di Facebook

Beliau seterusnya menambah, pihaknya menerima keputusan yang telah dibuat dan berharap Ahli Parlimen baru dapat melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

“Saya menerima keputusan PRU-15 dengan hati terbuka dan semoga Ahli Parlimen yang baru ini dapat membangunkan dan memajukan Temerloh ke tahap lebih baik selepas ini,” ujarnya. – UMNO Online

 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.