UMNO/BN Terus Dukung Perjuangan Demi Kemaslahatan Rakyat – Samsolbari

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Samsolbari Jamali berpandangan UMNO/Barisan Nasional (BN) akan berterusan untuk terus mendukung perjuangan kemaslahatan rakyat.

Katanya meskipun keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam tidak memihak kepada parti ini namun bersyukur dengan sokongan yang diraih oleh ahli yang sedia ada.

“Malaysia memilih, kita akur dengan keputusan pilihan rakyat dalam PRU 15 ini ianya mencerminkan citarasa dan aspirasi para pemilih dalam pelbagai peringkat umur dan bangsa

“UMNO/Barisan Nasional tetap menjadi parti terbesar dalam segi struktur organisasi, pendokong dan jentera sejak sekian lama. Namun Ia masih gagal mempertahan keyakinan majoriti rakyat yang memilih.

“Saya berpendapat UMNO perlu bersyukur di atas sokongan yang diraih dan sokongan ahli yang sedia ada namun yang lebih penting, UMNO harus menjunjung tinggi kepentingan ummah untuk masa mendatang agar nasib ummah terus terpelihara dan lebih sejahtera.

“Selari dengan tekad parti ini untuk mem perjuang, mempertahan dan meningkatkan kesejahteraan ummah melebihi kepentingan parti dan individu,” katanya menerusi satu kenyataan.

Bagaimanapun katanya pada masa yang sama, ada keperluan untuk parti membuat retrospeksi dan menilai kembali kekuatan, kelemahan, potensi dan cabaran sebenar parti secara menyeluruh agar tidak terperangkap dalam sindrom penafian.

“Para pucuk kepimpinan harus berlapang dada dan Secara tawaduk bertanggung jawab di atas apa yang berlaku serta berjiwa Besar untuk sedia menerima realiti Bahawa pembaikan perlu dibuat dari dalam Dan setepatnya dari pucuk pimpinan.

“Sekali lagi di tekankan bahawa parti ini adalah wadah perjuangan untuk kestabilan dan kesejahteraan ummah, parti perlu lakukan yang terbaik untuk menjayakannya,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.