PRU15: Kebangkitan BN Memuncak, Gelombang Peralihan Rakyat

 

TAMPIN, 18 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa memaklumkan beliau dapat merasakan gelombang luar biasa sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini.

Katanya, keyakinan itu dilihat beliau apabila menerima sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang meluahkan kekesalan mereka di bawah Pakatan Harapan (PH) sepanjang 22 bulan.

“Alhamdulillah berbaki dua hari lagi masa untuk kita usahakan, momentum sejak hari penamaan calon setiap hari bertambah baik, sokongan kepada BN amat memberangsangkan di Tampin.

“Kita berkeyakinan bahawa Tampin akan kembali dirampas oleh BN kalau dahulu gelombangnya ke arah PH sebab banyak janji-janji mereka mengakibatkan rakyat terpedaya termasuk ketika itu media sosial memang ke arah mereka.

“… tetapi kali ini pada PRU15 berbeza penerimaan masyarakat kepada PH termasuk ceramah-ceramah mereka berkurangan, media sosial kita sangat baik dan saya nampak pengundi telah kembali ke BN akibat kezaliman yang dilakukan PH,” katanya.

Beliau yang Ketua UMNO Bahagian juga berkata sayap parti iaitu Pergerakan Pemuda UMNO telah melaksanakan pelbagai program dalam mendekati golongan muda yang akan menunaikan tanggungjawab mengundi buat pertama kali pada PRU15 ini.

“Pelbagai aktiviti dilaksanakan alhamdulillah mendapat sambutan daripada anak-anak muda, saya bersyukur Pergerakan Pemuda UMNO Tampin berjaya mendekati golongan ini.

“Bukan hanya pada pilihan raya tetapi inilah hasilnya apabila kita telah bersama dengan mereka sudah begitu lama, sekarang ini waktu hendak kempen mudah, alhamdulillah penerimaan anak muda memang jelas memihak kepada kita,” ujar beliau.

.

Sementara itu, Mohd Isam juga pada masa sama percaya dengan kerjasama dan usaha yang dilakukan oleh jentera parti sejak berkempen dan mendepani hari pengundian pada Sabtu ini.

“Kita hendak kemaskan lagi jentera hari pengundian dengan PACABA, IT, kenderaan kita hendak bersiap sedia 19 Nov ini jangan ada masalah sebab kita diambang kemenangan.

“Saya yakin penuh bahawa jentera akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab semasa hari pengundian dengan baik dan seterusnya pada malam tersebut kita akan diumumkan bahawa BN telah merampas kembali Parlimen Tampin,” katanya.

Untuk rekod, Mohd Isam pada PRU15 ini akan berdepan dengan saingan empat penjuru iaitu calon daripada PH, Perikatan Nasional, Pejuang. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.