Ambil Kesempatan Sabtu Ini Lakukan Perubahan Di Shah Alam – Azhari

 

SHAH ALAM, 16 Nov – Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Azhari Datuk Shaari berkata adalah satu perkara yang amat merugikan sekiranya pengundi tidak mengambil kesempatan untuk sama-sama melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) Sabtu ini termasuklah di Parlimen Shah Alam.

Beliau yang ditemui ketika mengiringi dan berkempen bersama calon BN Parlimen Shah Alam, Isham Jalil di Seksyen 13 seterusnya berkata masing-masing telah melihat serta merasai pasca PRU-14 yang lalu apabila segala tawaran sekadar kosmetik semata-mata.

“Pengundi rata-rata insya Allah dah boleh menilai dan membuat rumusan tersendiri parti yang boleh menjamin kestabilan dan kemakmuran. Janji-jani retorik dan sebagainya lagi tidak boleh pakai dan rakyat telah memahami situasi sebenar dan mahu kembali kepada sebuah kerajaan yang stabil.

“Mereka dah cuba dahulu semasa PRU-14…namun rekod kita yang terbukti insya-Allah menjadi sandaran. Soal peluang semua ada… tetapi calon kita Isham Jalil boleh berkhidmat sebaiknya. Pada saya rugi kalau masyarakat di sini tidak mengambil kesempatan dengan memilih calon BN untuk Parlimen Shah Alam,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau seterusnya menambah kempen akan terus diperhebatkan menjelang hari pengundian Sabtu ini menerusi pelbagai medium.

“Kempen bersemuka bersama pelbagai kumpulan masyarakat menampakkan suasana positif. Masing-masing ingin bertemu dan bersua muka dengan calon BN, Isham Jalil.

“Insya-Allah akan terus diperhebatkan lagi merangkumi pelbagai medium dan bertemu secara fizikal seperti hari ini,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.