Pilih Wakil Yang Faham Kesejahteraan Rakyat – Johari

KUALA LUMPUR, 16 Nov – Tempoh berkempen yang berbaki tiga hari bagi Pilihan Raya Umum (PRU), calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata akan memperhebatkan lagi berjumpa dengan pengundi-pengundi di kawasan ini.

Malah pada masa yang sama beliau turut percaya jentera parti pelbagai peringkat akan terus melipatgandakan usaha untuk mengenal pasti pengundi dan apa yang utama ialah pada hari pembuangan undi nanti.

“Saya akan terus pergi ke bawah jumpa pengundi-pengundi ini di setiap pelusuk seperti di Kampung Baharu, Keramat, Kampung Pandan, Setapak, Cochrane, Taman Maluri dan lain-lain tempat kerana Parlimen Titiwangasa ini bukannya Kampung Baharu sahaja.

“Titiwangsa ini bukan sahaja Sungai Baru (flat di Kampung Baru)… banyak calon-calon menceritakan tentang Sungai Baru… kita ‘explain’ 10 kali pada dia pun buat-buat tak faham, bukan sebab tak faham…dia faham tapi buat-buat tak faham,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Seterusnya kata Johari lagi mengingatkan pada pengundi-pengundi di Titiwangsa agar bijak memilih wakil rakyat yang memahami kehidupan dan kesejahteraan rakyat.

“Pilihlah wakil rakyat yang faham, kalau pilih wakil rakyat yang tak faham maka semua akan jadi tak faham,” ujarnya.

Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 19 November 2022 sebagai hari pengundian bagi PRU ke 15.- UMNO Online

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.