Warga PDRM Mengundi Awal Tunai Tanggungjawab Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman hari ini menyaksikan berlangsungnya proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bermula jam 8 pagi mereka mula hadir beratur memenuhi pekarangan pusat pengundian pada lingkungan jam 8.45 pagi.

Setakat awal jam pengundian ini cuaca redup memudahkan lagi para barisan hadapan negara untuk melakukan proses pengundian.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut melakukan pengundian di sini pada jam 8.30 pagi.

Difahamkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ramlan Shahean @ Askolani akan hadir ke sini bagi melihat proses pengundian awal di sini, iaitu Bukit Aman adalah merupakan kawasan Lembah Pantai.

Berdasarkan tinjauan pasukan pemantau turut berada di setiap pusat undi awal bagi melakukan tinjauan sepanjang proses undi awal PRU15 yang berlangsung hari ini.

Untuk rekod hari ini seramai 265,531 pengundi dalam kalangan anggota polis dan tentera menjadi kumpulan pertama membuang undi pada PRU15.

Berdasarkan jumlah tersebut, seramai 146,737 orang tentera serta pasangan, 118,794 orang polis serta pasangan dan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA). – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.