Tekad BN Keluarga Jelebu Saksi Masyarakat, Mari Kita Jayakan – Jalaluddin

JELEBU, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN)  Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata Tekad  BN Keluarga Jelebu adalah satu ikrar kepada masyarakat kawasan terbabit yang dibukukan.

Menurut beliau dokumen atau ikrar tersebut menjadi saksi kepada apa yang beliau dan BN akan laksanakan sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 Sabtu ini.

“Saya dokumenkan ini  dan dipanggil Tekad…aya berani mendokumenkan ini kerana saya yakin bahawa dokumen inilah akan menjadi saksi dan bukti.Masing-masing boleh buat rekod dan mencatat. Tekad BN Jelebu merangkumi semua hal ehwal yang berkaitan dengan keperluan dan sebagainya lagi  masyarakat di sini.

“Orang muda…orang tua..wanita dan pelbagai peringkat kumpulan lain termasuklah soal pendidikan serta kepelbagaian aspek yang lain terangkum di dalamnya.

“Apabila tidak dilaksanakan maka saya harus ditolak pada PRU akan datang…kerana itu saya lihat rakyat masih perlukan pembelaan, perancangan untuk masa depan mereka apatah lagi bagi Parlimen Jelebu ini,” katanya kepada UMNO Online

Terdahulu beliau mengadakan walkabout dan bertemu pengunjung pasar tani.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata  rakyat mahu melihat apa yang akan dibawa sesebuah parti dan bukannya semadar berpaksikan kepada isu-isu yang dimanipulasi.

“Kerana itu saya tidak mahu menyebut kelemahan parti lain tetapi parti lain seharusnya belajar tentang aras pemikiran rakyat sekarang yang tidak boleh lagi menggunakan pelbagai isu untuk mendatangkan rasa benci masyarakat kepada parti tertentu.

“Rakyat mahu lihat apakah tindakan untuk masa depan mereka dan bukannya asyik menyalahkan pihak itu…pihak ini..fitnah serta menggunakan modal-modal lama sebagai bahan kempen mereka. Umpamanya di Jelebu mereka masih lagi menggunakan perkara-perkara yang berkaitan menaikkan rasa benci rakyat dan menggunakan isu-isi yang berkaitan rasuah dan sebagainya.

“Tetapi saya lihat parti tertentu sudah memulakan untuk membeli undi di beberapa kawasan dan ramai pengundi berjumpa saya mengatakan bahawa mereka mendapat sejumlah wang untuk menyokong dan memberi undi kepada mereka.Saya fikir ini satu tindakan yang ketinggalan dan saya yakin keputusan masyarakat serta pengundi yang telah membuat keputusan siapa dan parti mana yang bakal dipilih pada 19 hb nanti,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.