Rakyat Tahu Sikap Pembangkang Yang Suka Kelirukan Rakyat, Tekad Pilih BN – Shahaniza

MARAN, 14 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Maran Datuk Seri Shahaniza Shamsudin mengingatkan pihak pembangkang agar tidak menghasut dengan mengelirukan rakyat dan memberikan fakta-fakta yang salah.

Ini kerana katanya, rakyat sekarang ini sudah tahu permainan pembangkang yang berniat jahat dan sering menabur fitnah serta mengelirukan masyarakat.

“Saya yakin rakyat sudah mengetahui sikap pembangkang dan sudah boleh buat perbandingan serta penilaian, boleh membezakan yang mana fitnah dan fakta. Tujuan dan niat mereka (pembangkang) adalah hendak mengelirukan rakyat semata-mata.

“Sekira pihak pembangkang memfitnah maka kerajaan negeri akan memberikan fakta yang sebenar. Kita tidak pernah ‘seat under the carpet’ dan tidak pernah sorok masalah kerajan negeri malah akui tapi cari jalan untuk penyelesaian,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran menjelaskan sepanjang pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN semua perkara yang melibatkan hal rakyat, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta exco-exconya mengurus tadbir dengan jayanya serta dapat menyelesaikan permasalah rakyat.

“Tidak ada perkara hendak dijadikan isu kerana pentadbiran kerajaan negeri dibawah kepimpinan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dah ‘cover’ semua kawasan. Sekiranya ada masalah pihak kerajaan negeri tidak mengetepikannya tetapi mencari jalan untuk menyelesaikannya.

“Dari segi kebajikan kerajaan negeri semuanya ‘cover’ dari anak yang baharu lahir sampai meninggal dunia… akibat COVID dan semuanya dapat sentuhan daripada kerajaan negeri,” jelas Exco Kerajaan Negeri Pahang itu lagi.

Dalam pada itu beliau juga mengharapkan BN dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Kita harap BN menang pada PRU ke-15 ini dan menjadi kerajaan di peringkat Persekutuan dengan kestabilan politik. Ianya dapat melaksanakan program-program seperti mana dilaksanakan dahulu,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.