Kempen Minggu Kedua, Veteran Tentera Sokong Kempen Calon BN Parlimen Tambun

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kempen minggu kedua Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kian memuncak dengan apabila melihat sokongan padu terus diberikan terhadap program calon Barisan Nasional (BN) di Tambun.

Dalam masa yang sama, sokongan turut ditunjukkan kelompok veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) apabila bersama-sama jentera BN untuk berkempen.

Calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kinta, Datuk Mazlan Abdul Rahman berkata, beliau menyertai 30 konvoi motosikal bersama veteran ATM serta masyarakat setempat mengelilingi Taman Malar, Hulu Kinta.

“Kami berkonvoi menaiki motosikal yang dihiasi bendera BN menuju ke Program Santai Pagi Bersama Komuniti Taman Malar di PDM Taman Malar.

“Kedatangan kami disambut dengan tangan terbuka dan saya serta Datuk Aminuddin Hanafiah sempat beramah mesra dengan masyarakat setempat,” ujarnya.

Turut serta program konvoi motosikal ini adalah Pengerusi BN Tambun yang juga calon Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.