BN Bawa Kestabilan Dan Kemakmuran… Melaka Salah Satu Contoh Terbaik – Rais Yasin

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rais Yasin mengajak rakyat untuk mengundi Barisan Nasional (BN) pada 19 November nanti bagi membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan makmur.

Jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu, Melaka boleh dijadikan sebagai salah satu contoh apabila berjaya berada di tangga kelima Pelaburan Langsung Asing (FDI) selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

“Kita dapat lihat data menunjukkan Melaka sekarang ini berada di tangga kelima dalam FDI serta berjaya memperoleh RM3 bilion pelaburan dalam suku pertama.

“Jadi, ini menunjukkan bahawa jika mandat itu diberikan sepenuhnya kepada UMNO/BN bukan sahaja Melaka kita boleh jadikan sebagai satu contoh, tetapi Malaysia keseluruhannya,” katanya kepada UMNO Online.

Menurut Rais, adalah penting untuk rakyat Malaysia memberikan mandat yang besar kepada parti itu supaya kestabilan dan kemakmuran negara dapat diwujudkan.

“Kita mohon kepada rakyat Malaysia supaya memberikan mandat yang besar kepada UMNO/BN supaya kerajaan yang betul-betul stabil dapat dibentuk. Insya-Allah dengan kestabilan itu boleh membawa kepada kemakmuran.

“Saya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia, berikanlah mandat kepada UMNO/BN supaya kami dapat membawa kestabilan. Insya-Allah janji-janji yang telah kita berikan kepada rakyat ini bukanlah sekadar janji.

“Kami mempunyai track record selama 60 tahun lebih untuk memastikan yang kestabilan ini membawa kepada kemakmuran semua. Jadi, mari mengundi UMNO/BN pada 19 November ini,” katanya lagi.

Selepas PRU14, Malaysia berada dalam keadaan tidak stabil khususnya dalam sudut politik apabila Pakatan Harapan menjadi kerajaan kali pertama menggantikan BN semenjak merdeka.

Ketidakstabilan inilah yang membuatkan Pakatan Harapan (PH) hanya mampu bertahan selama 22 bulan.

Ini kerana PH hanyalah gabungan rapuh yang membentuk pakatan ‘kosmetik’ kerana parti-parti gabungan tersebut mempunyai agenda masing-masing. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.