Anwar Ibrahim Jatuhkan Imej Tentera, Perlu Minta Maaf – Shaiful Hazizy

MERBOK, 14 Nov – Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menyifatkan tuduhan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa anggota tentera yang mengundi di Parlimen Bera dibayar RM300 adalah tidak masuk akal.

Katanya tindakan itu juga seakan menjatuhkan maruah serta imej Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhan.

“Bagi saya perkara ini perlu diambil tindakan tegas kerana ianya boleh mendatangkan mudarat yang besar kepada negara waima kepada anggota tentera yang selama ini bekorban mempertahankan negara yang kita cintai.

“Seandainya beliau mempunyai bukti seperti yang beliau katakan, saya cabar beliau untuk membuat laporan polis pada hari ini juga.

“Jika tidak rakyat perlu sedar bahawa kenyataan Anwar Ibrahim ini hanyalah satu tuduhan jahat dan telah menjatuhkan maruah serta imej tentera dan beliau perlu membuat permohonan maaf,” katanya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), itu juga mendapat respon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, beliau menyifatkan ianya sebagai fitnah serta tuduhan jahat kepada pasukan keselamatan itu. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.