Minggu Kedua Berkempen, Rakyat Lebih Terima BN

KUALA LUMPUR, 13 Nov – Memasuki minggu kedua berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), calon ‘heavyweight’ Barisan Nasional (BN) parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yakin kemenangan berpihak kepada mereka.

Katanya, ia berdasarkan penerimaan masyarakat yang positif, menggambarkan mereka mulai menerima BN setelah merasai 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah serta 17 bulan ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“Sentimen pengundi saya tengok dari segi mana-mana saya pergi jumpa mereka ini saya tengok ada positive vibes datang dari saya. Saya yakin. Saya sekali lagi menekankan undi ni hanya berlaku pada 19 November. Kita syok hari ini, kita tukar pemikiran sebab ada orang cakap macam itu, macam ini, kita pun keliru.

“Jadi kita kena kena tanamkan pemikiran kita bahawa kita nak wakil rakyat yang boleh ke depan dan belakang, bersama kita selesaikan masalah,” katanya ketika ditemui selepas majlis ramah mesra bersama penduduk flat Sri Terengganu, di sini hari ini.

Selain pemilihan wakil rakyat yang berkualiti, Johari turut menegaskan pentingnya kerajaan yang kukuh dan bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan rakyat dipelihara.

“Kerajaan ini, bila janji dia mesti tunaikan. Kita tidak mahu janji nak hapus tol, harga minyak turun rm1.50 memberhentikan PTPTN, kerajaan janjikan sejuta peluang pekerjaaan dengan penghapusan GST, mereka tak lakukan.

“Jangan kena tipu kali kedua,” ujarnya lagi.

Dalam masa yang sama, Johari turut berkata, beliau akan meneruskan kerjanya dengan bersungguh-sungguh untuk menyelami masalah penduduk dalam Parlimen Titiwangsa sebelum akhirnya menyerahkan kepada pengundi untuk menilai dan membuat keputusan.

“(Mengenai) Sambutan penduduk setakat ini seperti Kampung Pandan, Kampung Datuk Keramat, Kampung Baru, saya nampak reaksi penduduk adalah sangat baik.

“Cuma harap pemilih yang duduk di luar kawasan ini, tetapi mengundi di sini supaya tidak membuat pilihan menggunakan sentimen provokasi atau persepsi,” katanya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.