PADU Ambil Kepentingan Semua Lapisan Rakyat – Marzuani

KETEREH, 11 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Ketereh, Marzuani Ardila Ariffin atau lebih dikenali sebagai ‘Gee’ menganggap manifesto BN, Perancangan Amal dan Usaha (PADU) yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran untuk rakyat Malaysia adalah yang terbaik sekiranya BN mendapat mandat membentuk kerajaan Persekutuan kelak.

Ini kerana katanya, aku janji BN ini meliputi kehendak rakyat dan mengambil kira kepentingan semua lapisan.

“PADU yang diumumkan oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ini sangat memberikan kesan kepada masyarakat yang berada di luar bandar terutamanya dalam Parlimen Ketereh. Ianya dapat menghapuskan kemiskinan melalui Skim Bantuan Pendapatan Asas yang akan dikreditkan secara automatik setiap bulan kepada semua isi rumah berpendapatan kurang daripada RM 2,208 sebulan.

“PADU ini banyak membantu meningkatkan ekonomi seterusnya permohonan untuk golongan muda dan juga tawaran-tawaran kepada kepada golongan ini. Malah sistem persekolahan tanpa buku teks dengan pemberian komputer riba percuma kepada semua pelajar B40.

“Ianya dapat menjamin kesejahteraan rakyat secara amnya serta dapat menyakinkan pengundi agar terus menyokong BN,” katanya ketika ditemui UMNO Online, di sini.

Seterus kata Marzuani lagi, sekiranya diberi mandat dan menjadi wakil rakyat beliau akan berusaha sebaik-baiknya untuk meningkatkan lagi taraf wanita dan golongan muda terutamanya di Parlimen ini.

“Sebagai calon wanita BN yang muda, saya akan berusaha menaik taraf kehidupan terutamanya kaum wanita. Saya akan cuba sedaya upaya bagi memastikan golongan muda dan wanita untuk menaikkan martabat golongan tersebut.

“Kita akan pastikan anak muda diberi peluang perkerjaan di Parlimen ini untuk menambah pendapatan dan seterusnya lebih banyak peluang pelaburan dan pekerjaan supaya dapat mengembangkan ekonomi dan akhirnya akan menjadikan daerah ini lebih maju,” ujarnya. – UMNO Online

https://www.facebook.com/profile.php?id=100000418915778

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.