Lipat Ganda Lagi Usaha… Temui Seberapa Ramai Pengundi BN, Pesan Ahmad Maslan

 

PONTIAN, 11 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap calon-calon Barisan Nasional (BN) terus melipatgandakan usaha untuk bertemu seramai mungkin pengundi bagi tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 yang berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Bercakap kepada UMNO-Online di Pontian sejurus selesai bertemu pengundi di Pt Sayang, dekat sini beliau berkata calon-calon baharu terutamanya perlu menggandakan usaha agar kemenangan BN dapat dicapai pada 19 Nov nanti.

“Saya menyeru kepada calon-calon BN… lipatgandakan lagi usaha berjumpa seberapa ramai pengundi terutamanya bagi calon-calon baharu,” katanya.

Kata beliau lagi, jika boleh calon-calon BN bertemu sekurang-kurangnya 75 peratus pengundi bagi membantu kemenangan parti kelak.

“Giatkan segala usaha kempen supaya tempoh kempen yang berbaki beberapa hari ini kita boleh berjumpa minima kalau boleh 75 peratus daripada pengundi dan ini amat penting.

“Jadi saya harap mesej utama hari ini… temui 75 peratus pengundi dengan pelbagai kaedah. Daripada awal pagi hinggalah ke malam biarlah kita bekerja sebanyak 18 jam …khusus bagi mereka yang kali pertama bertanding baik di peringkat Parlimen mahu pun DUN,” ujarnya- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.