Yakin Rakyat Kuantan Pilih BN, Khidmat Terbaik Bantu Rakyat – Ab Hamid

KUANTAN, 10 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Kuantan Datuk Ab Hamid Mohd Nazahar yakin pengundi-pengundi akan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 ini.

Ini kerana katanya sekiranya rakyat memberi mandat, BN yang mengamalkan politik khidmat bakti akan sentiasa membantu di dalam menjaga kepentingan dan kebajikan mereka.
“Saya yakin bahawa boleh meneruskan perkhidmatan yang lebih baik. Kita pernah berjuang dan membantu, dulu tidak ada jawatan dalam kerajaan tetapi sekarang ini banyak perkara dapat diselesaikan dengan kerja berpasukan.

“Berilah keyakinan kepada calon-calon BN dalam membentuk kestabilan dan kemakmuran dan yakin di antara kunci-kunci kejayaan itu adalah dengan perpaduan yang baik dan berkerja bersungguh-sungguh.

“Pengundi-pengundi Kuantan terus beri sokongan pada calon BN dan hanya parti ini yang boleh menjamin kestabilan bagi rakyat,” katanya kepada UMNO Online di sini.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuantan menjelaskan BN sentiasa membantu rakyat sama ada susah mahupun senang.

“BN selalu bersama dengan masyarakat dan membantu seperti apabila rakyat ditimpa musibah seperti banjir, Covid dan sebagainya.

“Ini menandakan bahawa calon-calon BN pernah berkerja dan berkhidmat untuk rakyat Kuantan dan tidak kekok dengan masyarakat,” jelas beliau. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.