Nilailah… PADU Lebih Baik Berbanding Manifesto Parti Lain, Pilih BN – Rauf

MELAKA, 10 Nov – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melihat bahawa manifesto Barisan Nasional (BN), Perancangan Amal Dan Usaha (PADU) jauh lebih baik daripada tawaran mana-mana parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 ini.

Ini kerana katanya, PADU meliputi pelbagai perkara dengan melibatkan semua lapisan dalam masyarakat.

“Manifesto yang telah dilancarkan oleh Pengerusi BN dalam bentuk PADU ini saya nampak lebih baik daripada mana-mana parti yang cuba menawarkan aku janji mereka sebagai komitmen.

“Anak-anak di bawah golongan B40 akan diberikan Pendidikan percuma. Ini adalah satu perkara yang amat menarik dan menghapuskan import permit (AP) bagi kereta elektrik juga merupakan satu daya tarikan bagi penjenamaan ekonomi baharu dalam bentuk bersama dengan teknologi hijau. Dalam membawa negara menuju ke arah rendah karbon, insentif yang ditawarkan ini amat baik,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga ADUN Tanjung Bidara, itu turut menyeru kepada semua rakyat agar meneliti manifesto itu dengan baik dan memilih UMNO/BN sebagai kerajaan pada PRU ke-15.

“Saya menyeru kepada rakyat supaya meneliti manifesto BN ini sebaiknya. Banyak tawaran yang menarik dan mampu untuk meringankan beban rakyat dalam berhadapan dengan situasi ekonomi mencabar ini.

“Saya berharap agar rakyat menggunakan tawaran terbaik ini untuk meletakkan UMNO/BN serta menjadikannya sebagai titian kepada keputusan PRU ke-15 ini,” katanya lagi.

PADU yang menggariskan 10 teras dan 99 tawaran untuk rakyat Malaysia pada PRU ke-15 khususnya dalam aspek pendidikan amat baik dan hanya dengan kepercayaan kepada Barisan Nasional (BN) membolehkan ianya benar-benar menjadi realiti. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.