Presiden UMNO Diiringi Gelombang Biru Ke Pusat Penamaan Calon

BAGAN DATUK, 5 Nov – Proses penamaan calon UMNO/Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dimeriahkan dengan gelombang biru yang mengiringi beliau ke pusat penamaan calon.

Para penyokong setia UMNO/BN mula berkumpul seawal jam 8.00 pagi di dataran berhampiran Pusat Penamaan Calon bagi menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada calon-calon yang dipertandingkan.

Turut hadir, calon UMNO/BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya dan Hutan Melintang, Datuk Khairuddin Tarmizi.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh para penyokong UMNO/BN di Bagan Datuk ini jelas menunjukkan bahawa rakyat rindukan parti ini untuk terus kembali menjadi pemerintah.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu, Ahmad Zahid menang di kerusi parlimen Bagan Datuk dengan majoriti sebanyak 5,073 undi menewaskan pihak lawan dari parti Pas dan PKR.

Manakala Shahrul Zaman dan Khairuddin turut berjaya menewaskan pihak lawan pada PRU ke-14 lalu dengan masing-masing memperolehi majoriti sebanyak 3,069 dan 741.

Untuk rekod, Ahmad Zahid telah menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen Bagan Datuk selama 27 tahun sejak PRU ke-9. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.