Panas Terik Tidak Lunturkan Semangat Warga Sungai Rambai Tunai Tanggungjawab

JASIN, 20 Nov – Suasana tenang namun sedikit terik tidak melunturkan semangat pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai melakukan tanggungjawab mereka sebagai rakyat Malaysia.

Proses pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Sebatu, di sini berjalan lancar dengan para pengundi menunggu giliran untuk memasuki ke ruangan mengundi yang disediakan di dalam sekolah berkenaan.

Tinjauan daripada UMNO Online juga mendapati Polis Diraja Malaysia melakukan pemantauan bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

Para pengundi juga turut memahami suasana norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti memakai pelitup muka dan penjarakkan sosial.

DUN Sungai Rambai ini menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional , Siti Faizah Datuk Abdul Aziz; Pakatan Harapan, Farzana Hayani Mohd Nasir; Perikatan Nasional, Muhammad Jefri Safry dan calon dari parti PUTRA, Nazatul Asyraf Md Dom. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.