Tolak Sebarang Kempen Kotor, Pengalaman PRU-14 Jadikan Ingatan

TANGGA BATU, 19 Nov – Tinggal beberapa jam tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Rais Yasin berharap kempen secara sihat terus berjalan dengan baik bagi memberi ruang kepada para pengundi membuat pilihan yang tepat.

Menurut beliau jika kempen tersebut dicemari dengan pelbagai taktik kotor sepertimana pada pilihan raya umum (PRU) yang lalu ianya bukan sahaja merugikan masyarakat setempat malah mereka yang lain.

“Saya amat berharap kepada semua…kita teruskanlah kempen secara sihat. Biarlah rakyat khususnya pengundi yang menentukan siapa yang mereka mahu dengan hati yang redha serta yakin.

“Kalau kita menggunakan taktik-taktik yang kotor, fitnah dan sebagainya ini akan mengakibatkan berlakunya sepertimana PRU-14 yang lalu. Siapa yang akan menyesal akhirnya. Justeru bulatkan tekad pilhlah calon BN. Kalau di sini saya merayu undilah BN dan begitu juga calon-calon di kawasan lain yang ditandingi BN,” katanya kepada UMNO-Online.

Sementara itu, beliau turut memberitahu masyarakat setempat terus menerus menyalurkan keluh-kesah mereka berhubung keadaan di kawasan masing-masing.

“Sejarah yang yang lalu memperlihatkan BN adalah sebuah kerajaan yang stabil. Rata-rata yang saya terjumpa ingin melihat BN kembali menerajui Melaka khasnya di DUN Paya Rumput ini.

“Saya sekarang berada di kawasan Kg Tanah Merah dan Kg Lanjut Manis ini adalah kawasan kampung yang perlu kepada pembangunan lagi walaupun sudah ada pembangunan di luar sana, tetapi di dalam ini rata-rata mereka ini menjadi pekebun, pesawah dan sebagainya.

“Jadi kita nampak satu kerajaan stabil yang akan diwujudkan oleh BN dan segala agenda pembangunan rakyat, kebajikan rakyat, isi perut rakyat yang ini semua akan diatasi insya-Allah,” ujarnya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.