Pengundi Dijangka Beralih Ke BN, Manifesto Bela Rakyat

KOTA MELAKA, 19 Nov – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Hilir, Lee Kah Sean menjangkakan pengundi di kawasan berkenaan akan beralih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).

Katanya ini kerana beliau mendengar pelbagai keluhan daripada rakyat bahawa penyandang kerusi berkenaan tidak fokus dengan agenda pembangunan di kawasan berkenaan.

“Jadi saya ada merasakan penduduk di sini cuba bertukar harap dan akan mengundi BN.

“Antara sebabnya kerana ADUN yang sebelum ini tidak berkhidmat di kawasan ini,” katanya.

Jelas beliau lagi, manifesto BN adalah harapan baharu kepada rakyat malah beliau percaya sekiranya parti ini diberi peluang rakyat akan mendapat kemakmuran yang sebaiknya.

“Manifesto BN sangat terbaik malah saya berkeyakinan bahawa BN akan menjadi kerajaan berdasarkan janji-janji tersebut.

“Saya harap pengundi di Bandar Hilir ini memberikan peluang kepada saya sebagai wakil ADUN untuk melaksanakan manifesto tersebut,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.