Kestabilan, Perpaduan Dapat Memakmurkan Melaka – Komuniti Chetti

AYER KEROH, 19 Nov – Ahli Jawatankuasa Komuniti Chetti Melaka, Sundaram Palani Padiachee berkata Melaka ini memang terkenal yang mempunyai berbagai budaya, etnik, agama dan sebagainya.

Jelasnya, kestabilan negeri amat penting kerana ia memberikan kesan besar kepada ekonomi untuk terus berkembang dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat.

“Saya harap orang-orang Melaka buatlah penelitian yang betul-betul supaya mendapat satu kestabilan, perpaduan yang baik antara satu sama lain dan juga pentadbiran yang mantap.

“Kita kena undi kerajaan yang betul-betul banyak berjasa kepada rakyat, menyanjung perpaduan dan memakmurkan setiap etnik-etnik di Melaka.

“Semua rakyat Melaka mahukan kestabilan politik dalam negeri dan negara maka kena undi parti yang mengekalkan perpaduan, keselamatan dan menjulang kemakmuran negeri,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Beliau yang juga ahli Pemulihara Budaya Warisan dan Promosi Chetti Melaka menjelaskan semasa pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) pelancongan di sini semakin maju dan masyarakat Chetti banyakk mendapat kebajikan semasa BN mentadbir Melaka.

“Kerajaan lalu peka dan serius tentang pelancongan dan menjaga warisan peninggalan nenek moyang kaum Chetti malah bukan saja kaum Chetti dijaga tetapi termasuk juga kaum bab dan nyonya, masyrakat Portugis dan lain-lain,” ujarnya.

Untuk rekod, Chetti di Melaka merupakan kaum India kelahiran Selat Melaka dan berketurunan pedagang India yang datang dari Panai Koromandel yang menjejakkan kaki di sini sekitar abad ke-15.

Antara yang menarik kaum Chetti ini menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa utama pertuturan harian. – UMNO Online

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.