Koridor Pelancongan Bakal Beri Nilai Tambah Untuk Tanjung Bidara – Ab Rauf

MASJID TANAH, 18 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh melihat kawasan berkenaan boleh dimajukan serta ditingkatkan lagi sebagai sebuah destinasi tumpuan seiring dengan koridor pelancongan yang merangkumi Pantai Pengkalan Balak, Padang Kamunting serta Tanjung Bidara.

Jelas beliau, antara keperluan tersebut adalah ruang liputan internet yang lebih meluas selain memperkasakan lagi industri sokongan kepada pelancongan di kawasan berkenaan.

“Kita akan minta kawasan ini diluaskan liputan internet terutamanya dalam koridor pelancongan. Kita ada banyak rumah-rumah tumpangan, hotel-hotel… supaya ianya dapat diberikan kemudahan liputan internet ini agar pelancong dapat melancong dan memudahkan mereka berhubung dengan dunia luar di kawasan ini iaitu daripada Pantai Pengkalan Balak, Padang Kamunting dan Tanjung Bidara.

“Pada masa yang sama kita memang dah ada industri sokongan kepada pelancongan… tinggal lagi kita nak kembangkan kepada dunia moden ini. Kita akan minta nanti supaya kerajaan melihat bahawa Tanjung Bidara juga mempunyai potensi yang lebih baik sekiranya diberikan liputan internet yang baik di kawasan berkenaan,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Tambah Ab Rauf lagi, pengusaha chalet juga akan diberikan tumpuan dalam usaha memperkasakan industri pelancongan di kawasan berkenaan sekaligus limpahan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Kita juga akan cuba membantu pengusaha chalet ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka dengan menjemput nanti dalam seminar-seminar ataupun latihan yang akan diberikan oleh kerajaan negeri bersama dengan Universiti Melaka yang mempunyai fakulti hospitaliti yang boleh membantu serta mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada pengusaha-pengusaha chalet sepanjang pantai ini.

“Jadi saya merayu kepada semua penduduk Tanjung Bidara untuk sama-sama kita memajukan kawasan ini dengan memberikan undi kepada BN pada Sabtu ini. Saya calon 03 dan saya mewakili tuan-tuan dan puan-puan semua untuk bersama-sama meneruskan kepimpinan BN di Tanjung Bidara. Tanjung Bidara namanya tersohor, rakyatnya hidup aman dan makmur. Undilah BN,” ujarnya.- UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.