BN Tak Janji Bulan Bintang, Fokus Kemakmuran Negeri – Dira

JASIN, 18 Nov – Calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar berpandangan manifesto Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang diumumkan bersifat menyeluruh dengan keutamaan adalah bagi memakmurkan negeri.

Katanya, aku janji ini juga merupakan realistik sesuai dengan keadaan semasa negara yang ketika ini masih berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Manifesto untuk PRN ini menampillan lima teras dan saya nampak ia memberikan satu paradigma yang baharu kepada kerajaan BN untuk Melaka ini andai diberi mandat pada 20 Nov.

“Menyeluruh malah tidak menjanjikan bulan dan bintang. Saya tidak nampak alasan kenapa rakyat tidak mahu menerima apa yang telah tersenarai dalam manifesto yang paling penting bagaimana hendak menaikkan semula ekonomi selepas pandemik dan sekarang kita beraih ke endemik,” katanya.

Jelas Khaidhirah yang juga merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang lebih senang disapa sebagai Dira berkata perancangan yang diatur logik dan yang paling utama adalah ianya boleh dilaksanakan.

“Jadi untuk tempoh kerajaan lima tahun yang akan datang ini jika BN diberikan mandat semuanya akan dilakukan dalam tempoh tersebut.

“Insya-Allah ekonomi rakyat akan jadi lebih baik industri seperti pelancongan dan sebagainya akan mendapat manfaat yang lebih jadi kebajikan rakyat akan lebih terjaga,” ujar beliau. – UMNO Online

Oleh: Nurul Saadah Latib

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.