PN, PH Ada Masalah Calon Ketua Menteri Melaka Ke? Soal Dr Shamsul

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Siapakah calon Ketua Menteri Melaka bagi Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH), soal Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Bidas Dr Shamsul, ini berikutan sebelum ini PN dan PH memainkan isu calon Ketua Menteri Melaka daripada BN.

“Atau PN dan PH tidak berani menamakannya sekarang kerana ada masalah.

“Berebut mahu jadi Ketua Menteri ke? Cuba anda fikir kenapa PN dan PH tidak menamakan lagi siapa calon Ketua Menteri Melaka?” soal Ahli Parlimen Lenggong itu lagi dalam satu hantaran di Facebook.

Ulas Dr Shamsul lagi, ini berbeza dengan BN yang telah menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali calonnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini sebagai calon Ketua Menteri.

“Sebagaimana diumumkan oleh Pengarah Pilihan Raya BN (Datuk Seri Mohamad Hasan) sekiranya BN mendapat mandat di Melaka.

“Maknanya BN sudah jelas mengumumkan siapa calon Ketua Menteri Melaka,” katanya Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu lagi.

Bagaimanapun sinis Dr Shamsul, PH dan PN nampaknya masih tidak berani menamakan sesiapa.

“Semacam ada masalah siapa yang mahu dinamakan. Kemudian ada juga calon PH menonjolkan diri sendiri. Barangkali bimbang tercicir,” sindirnya lagi. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.