Pemuda UMNO Pahang Siap Siaga Bantu Jentera UMNO Gempur Melaka – Farid Nor

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Pemuda UMNO Pahang akan membantu calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadualkan berlangsung pada 20 November depan. Ketuanya, Mohd Farid Mohd Nor berkata jentera yang bakal di hantar ke PRN Melaka kesemuanya telah siap siaga untuk sama-sama berkempen dengan mematuhi setiap SOP menjelang pembuangan undi.

“Insya-Allah Pemuda UMNO Pahang akan menghantar jentera ke mana-mana lokasi yang ditugaskan berdasarkan pengalaman PRN Sabah yang lalu. “Antara tumpuan Pemuda UMNO Pahang adalah untuk melihat sejauh mana kesiapsiagaan jentera ‘PACABA’ (Polling Agents/Ejen Mengundi (PA), Counting Agents/Ejen Pengira (CA), dan Barong Agents/Ejen Barong (BA)) sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun Parlimen,” katanya kepada UMNO Online. Jelasnya, kebiasaannya pada setiap PRN mahupun Pilihan Raya Kecil (PRK) Pemuda UMNO Pahang akan memberikan latihan dan bersama-sama dengan jentera di kawasan terbabit. “Pemuda UMNO Pahang akan mengasah kemahiran yang telah dimiliki oleh jentera tempatan di sana,” katanya lagi. Seterusnya kata Farid lagi, Pemuda UMNO Pahang akan sentiasa membantu Pemuda UMNO Melaka terutamanya membuat sistem culaan ataupun kajian sikap terutamanya pengundi-pengundi muda. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.