COVID: 20,897 Kes Baharu Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Kes harian COVID-19 dalam negara meningkat semula ke paras 20,000 hari ini apabila sebanyak 20,897 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Semalam, kes harian menurun kepada 19,268 kes selepas merekodkan kes harian melebihi 20,000 kes selama enam hari sejak 24 Ogos dengan kes tertinggi 24,599 dicatat pada 26 Ogos.

Dr Noor Hisham menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi berkata jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 1,746,254 kes.

“Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 4,371 kes diikuti Sabah (2,594), Sarawak (2,285), Johor (2,159), Kedah (1,942) dan Pulau Pinang (1,732).

“Sementara Kelantan mencatatkan 1,479 kes, Perak (1,204), Kuala Lumpur (1,003), Pahang (798), Terengganu (608), Melaka (417) dan Negeri Sembilan (215),” katanya.

Tiga negeri lagi mencatatkan kes bawah 100 iaitu Perlis (64), Putrajaya (25) dan Labuan (satu).- BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.