Khairy Jamaluddin Mula Tugas Rasmi Sebagai Menteri Kesihatan

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Usai mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara hari ini, Khairy Jamaluddin terus melapor diri di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini untuk memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kesihatan.

Kedatangan Ahli Parlimen Rembau itu yang berbaju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan ke bangunan Kementerian Kesihatan pada 5.15 petang disambut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Turut sama melapor diri pada hari ini ialah Timbalan Menteri Kesihatan I Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang.

Selepas mengimbas pas kerja, Khairy yang memegang jawatan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pentadbiran terdahulu, memasuki pejabatnya di Tingkat 13 dan kemudian menyertai mesyuarat bersama pengurusan kanan KKM.

Khairy bersama 29 menteri dan 37 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara hari ini. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.