Fasa Dua PPN: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Tentukan Status Lembah Klang – PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berpendapat Lembah Klang kini sudah boleh beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar vaksinasi yang telah melebihi 80 peratus.

Bagaimanapun, katanya perkara itu akan diputuskan dalam perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19 bersama barisan kabinet yang akan dipengerusikannya nanti.

“Sekali lagi saya berbangga dengan semua yang terlibat dan pencapaian yang hebat ini,” katanya dalam catatan di Facebook beliau hari ini.

Semalam, Ismail Sabri berkata kadar lengkap vaksinasi bagi populasi dewasa di Lembah Klang telah mencecah 89.5 peratus. – BERNAMA

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.