COVID-19: Kes Baharu 22,948, Tertinggi Sejak Pandemik Landa Negara

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Malaysia hari ini merekodkan 22,948 kes baharu COVID-19, angka harian tertinggi sejak pandemik itu melanda negara.

Menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,489,460.

Beliau berkata Selangor terus menjadi negeri yang mencatat kes tertinggi berjumlah 7,175 diikuti Sabah (2,583), Kedah (2,137), Pulau Pinang (1,655), Johor (1,526), dan Kuala Lumpur (1,439).

Sebanyak 1,271 kes pula direkodkan di Kelantan diikuti Perak (1,229), Sarawak (1,206), Melaka (737), Pahang (736), Terengganu (621), Negeri Sembilan (556), Perlis (42), Putrajaya (26), dan Labuan (9).

Semalam, Malaysia merekodkan 22,242 kes baharu wabak itu. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.