COVID: Kes Baharu Menurun, 17,236 Kes Hari Ini – KP Kesihatan

KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Kes baharu positif COVID-19 hari ini sekali lagi mencatatkan penurunan kepada 17,236 kes berbanding 18,688 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di Twitter berkata perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes dalam negara kini 1,279,776.

Selangor kekal penyumbang tertinggi dengan 5,740 kes dilaporkan, diikuti Kuala Lumpur 1,567 kes, Kedah (1,328), Johor (1,232), Sabah (1,247) dan Negeri Sembilan (1,215).

Perak pula merekodkan 935 kes, Kelantan (914), Pulau Pinang (908), Pahang (604), Sarawak (589), Terengganu (501), Melaka (360), Putrajaya (66), Perlis (22) dan Labuan (lapan)

Semalam, jumlah kes baharu harian merekodkan penurunan namun kes kematian akibat COVID-19 mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda negara tahun lepas dengan 360 kematian. – BERNAMA

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.