Taati Keputusan UMNO, Shah Headan Letak Jawatan Ahli Lembaga Pengarah UPM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia.

Katanya tindakan tersebut merupakan simbolik kepada taat setia beliau kepada parti dan keputusan Majlis Kerja Tertinggi.

“UMNO pusat telah membuat ketetapan untuk menarik sokongan kepada Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya dengan ini mengumumkan peletakan jawatan saya. Ini sebagai mengambil tanggungjawab saya selaku ahli parti yang akan terus akur dan hormat dengan sebarang keputusan serta ketetapan parti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.