Masanya Rakyat Malaysia Hargai Barisan Hadapan, Pentingnya Penjawat Awam

KUALA LUMPUR, 23 Mac – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, inilah masanya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum patut menghargai mereka yang berada di barisan depan dalam menangani wabak bencana virus COVID-19 ini.

Katanya, bayangkan sekiranya hasrat kerajaan terdahulu untuk mengurangkan jumlah penjawat awam kita berjaya?

“Sebahagian besar penjawat awam kita dalam bidang kesihatan, pendidikan, tentera dan polis, sedangkan merekalah yang diperlukan sekarang.

“Bayangkan juga pembatalan elaun kritikal untuk kakitangan kesihatan tidak ditarik balik atas desakan orang ramai?”
katanya lagi dalam hantaran pendek menerusi Facebook beliau.

Terdahulu, Pakatan Harapan (PH) sewaktu menerajui kerajaan Persekutuan dilapor berhasrat mengurangkan perjawatan awam sebanyak lima peratus sehingga 2021 dengan jumlah keseluruhan perjawatan ketika itu adalah sebanyak 1.7 juta yang meliputi 62 peratus merupakan perjawatan di sektor kesihatan, pendidikan, tentera dan polis.

Antara lain, hasrat PH ialah untuk kerajaan menamatkan pemberian ‘bayaran insentif perkhidmatan kritikal’ kepada doktor, jururawat, jurutera dan profesional lain yang menyertai perkhidmatan awam. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.