SPRM Langgar Kedaulatan Negara, Tidak Profesionalisme Dan Diragui – Bastein

KUALA LUMPUR, 10 Jan – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Bastein Onn berkata pendedahan rakaman audio Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak oleh Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) adalah melanggar prinsip kedaulatan negara.

Katanya, ini jelas menunjukan tata-kelola dan pendekatan SPRM yang diketuai oleh Latheefa Koya adalah tidak sesuai dan tidak wajar.

“Kaedah yang digunapakai oleh SPRM menunjukkan tata-cara dan kelola yang baru dengan mendedahkan rakaman perbualan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia sepatutnya tidak berlaku dan sekiranya berlaku di atas sebab-sebab keselamatan maka ia perlulah dirahsiakan dan bukannya untuk tatapan umum.

“Ini adalah satu teladan yang tidak baik dan saya percaya banyak di kalangan anggota SPRM tidak bersetuju dengan pendekatan Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya. Janganlah merosakan seluruh institusi SPRM dengan pendekatan ini,” katanya kepada UMNO Online, di sini.

Bastein juga menambah, sewajarnya pihak SPRM harus meminta kebenaran mahkamah tetapi ia telah melangkau lebih jauh, malah pihak SPRM mengadakan sidang media dan ini menunjukkan SPRM tidak mencapai tahap profesionalisme dan ia benar-benar diragui.

“Saya percaya banyak rakaman dibuat dan bagi saya sesi pendengaran umum yang dilakukan oleh SPRM ini menunjukan tahap profesionalisme SPRM yang sangat rendah.

“Ia adalah sesuatu yang memalukan dan perbualan tersebut menjadi hak asasi pendengaran umum,” ujarnya.

Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku peguam bela Najib Razak, berhak membawa bahan bukti itu ke mahkamah dan proses mendapatkan keadilan, tegasnya. – UMNO ONLINE

Oleh: Amin Adnan

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.