‘New Deal’ Muafakat Nasional : Royalti Penuh Kepada Negeri Pengeluar Minyak

KUALA TERENGGANU, 26 Okt- Kerajaan baharu di bawah Muafakat Nasional berjanji akan membayar royalti penuh kepada negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia adalah tawaran baharu kepada Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak yang gagal ditunaikan kerajaan sekarang.

Berucap merasmikan Konvensyen UMNO Terengganu di sini, hari ini, Dr Zahid juga berkata tawaran baharu itu difikirkan adil bagi meningkatkan sumber kewangan negeri terbabit, dan demi kebaikan rakyat.

“Inilah antara ‘new deal’ Muafakat Nasional jika kita menjadi kerajaan,” katanya.

Di Terengganu, ujarnya, Muafakat Nasional terbukti berkesan dalam memperkukuhkan peluang untuk menang pada PRU15.

UMNO juga, jelas beliau sedia membantu dan berkongsi pengalaman dengan Kerajaan Terengganu dalam pentadbiran semua peringkat.

“Ini termasuk pelantikan ahli majlis PBT, ” ujarnya. – UMNO ONLINE 

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.