Komik Propaganda: Bahaya Doktrin Melampau Libatkan Anak-anak Sekolah

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Mohamad Azmi Amir Husin terkilan dengan pengedaran buku komik propaganda yang kini tersebar meluas di sekolah-sekolah.

Jelas beliau, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah cukup membuktikan bahawa ada dari kalangan pihak Dap cuba mempergunakan nama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk kepentingan politik melampau mereka (Dap).

“Penafian daripada pejabat Perdana Menteri akan keterlibatan terhadap kandungan dan penerbitan buku komik ‘Inisiatif jalur dan jalan meraih manfaat bersama’ telah dibuat. Komik tersebut menggunakan Perdana Menteri serta melibatkan negara luar untuk kepentingan Dap dan ini adalah perkara yang tidak boleh ditoleransi.

“Doktrin politik melampau ini amat merbahaya apabila mereka cuba melibatkan anak-anak muda yang masih di bangku persekolahan. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan yang tegas kepada penulis dan penerbit buku berkenaan,” katanya kepada UMNO Online.

Dilaporkan, kandungan buku tersebut mempunyai unsur ‘komunisme’ yang nyata berniat untuk menghasut dan mendoktrin para pembaca terutamanya pelajar sekolah.

Tegasnya, pihak berkuasa haruslah tegas untuk menyiasat kerana kandungan buku ini mengandungi unsur hasutan perkauman apabila mengatakan Lim Kit Siang tidak boleh jadi Perdana Menteri hanya kerana beliau berbangsa Cina.

“Apa tujuan mereka menulis begitu dan menyerahkan ianya pada Presiden China?” – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.