Mari Kita Sama-Sama Cari ‘Ramuan’ Terbaik Untuk Selangor – Mat Nadzari


SHAH ALAM, 19 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata peluang yang ada pada konvensyen harus digunakan sebaik mungkin dalam membincangkan perkara-perkara penting untuk dijadikan ‘senjata’ parti.

Menurut beliau pada sama sama beliau turut berpandangan ianya member kebebasan sepenuhnya kepada para perwakilan konvensyen untuk melontarkan yang terbaik untuk parti tanpa ada ssekatan dan sebagainya lagi.

“Ini sangat penting untuk menggarapkan idea-idea untuk UMNO memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 nanti. Dan ia adalah satu wadah dan satu tempat untuk semua. Diberi peluang untuk merencana, berfikir bersama-sama dan menggarap apa jua bahan-bahan yang perlu untuk menghadapi dan memenangi PRU yang akan datang.

“Mari bersama-sama saya pada hari ini … kita keluarkan apa sahaja tanpa sebarang sekatan untuk membincangkan perkara-perkara penting bagi kita jadikan senjata untuk kita berperang pada PRU akan datang,” katanya ketika berucap pada Konvensyen UMNO Selangor yang dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya lagi bukan mudah untuk mengenali kawasan mahu pun sesuatu tempat di Seluruh negeri dan gunalah peluang yang ada itu untuk kepentingan parti dalam merencana yang terbaik

“Hari ini kita diberi peluang begitu baik untuk mengumpulkan semua idea-idea dari seluruh ceruk rantau Negeri Selangor dan bukan mudah untuk mengenali ’belalang’ ditempat masing-masing.

”Justeru, pada hari ini semua ‘belalang-belalang’ di tempat masing-masing telah dikumpulkan untuk menggarap satu cita-cita, satu dasar, satu suara untuk memenangi dan bagaimana cara untuk memenangi PRU. Gunakanlah platform yang ada ini, bersabar seketika sehingga mencapai sesuatu yang terbaik untuk UMNO Negeri Selangor, ujarnya.

Turut hadir,Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah dan pimpinan yang lain.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.