Salahlaku Dan Salahguna Kuasa Menteri Kewangan, Ketua Hakim, Peguam Negara Dan Ketua Pesuruhjaya SPRM?


TANAH RATA, 25 Jan – Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam telah membuat laporan polis terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Shukri Abdull berikutan salahlaku dan salahguna kuasa.

Katanya, laporan ini dibuat bagi meminta pihak PDRM menyiasat kesemua perkara yang diyakini melibatkan salahlaku dan salahguna kuasa yang melibatkan keempat-empat penama tersebut.

“Laporan ini juga dibuat memandangkan peguam Lim Guan Eng, Ram Karpal Singh telah menyatakan bahawa beliau terkejut dengan kenyataan SPRM yang terkejut bahawa Pendakwaan lebih banyak kejutan.”

Berikut adalah kenyataan beliau berhubung laporan terbabit:

Sepertimana yang kita ketahui, Lim Guan Eng telah didakwa kerana disyaki telah menyalahguna kuasa untuk memberi manfaat kepada dirinya dan isteri dengan meluluskan penukaran status zon sebidang tanah kepada Magnificient Emblem Sdn Bhd. Tuduhan kedua pula melibatkan pembelian sebuah hartanah di No 25 Jalan Pinhorn yang dijual di bawah harga pasaran.

Tuduhan pertama, Guan Eng didakwa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. Nilai hartanah tersebut pada masa itu ialah RM 4.27 juta, dan Lim Guan Eng didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 28 Julai 2015.

Tuduhan kedua, di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, boleh membawa hukuman penjara maksimum tidak lebih dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali. Phang Li Khoon, seorang ahli perniagaan yang menjual banglo tersebut kepada Guan Eng, telah didakwa atas kesalahan bersubahat. Beliau memohon untuk dibicarakan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan, dibaca bersama dengan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Berdasarkan makluman dalaman yang saya perolehi, Lim Guan Eng disyaki telah menggunakan dana awam untuk menyalurkan peruntukkan khas kepada beberapa jabatan bagi membolehkan pertuduhan ke atas beliau digugurkan.

Untuk pusingan pertama ini, diserahkan kepada pihak Polis dan mendedahkan bukti-bukti sogokan yang dipercayai telah dibuat oleh Lim Guan Eng kepada pihak SPRM.

1. Pada sekitar bulan Jun 2018, SPRM telah mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan SPRM berjimat cermat kerana kabinet telah mengambil langkah penjimatan. Ini mengakibatkan tuntutan kerja lebih masa kakitangan dihadkan kepada RM400 sahaja dan pelbagai langkah penjimatan lain ( Rujuk Lampiran 1).

2. Pada 2hb Julai, satu pembayaran oleh pihak MOF telah dibuat kepada akaun Maybank Islamik milik SPRM No akaun : 5660 1055 XXXX berjumlah RM 2.5 juta yang berselindung dibawah tajuk Peruntukkan Penyelidikan Khas SPRM, sedangkan pada 23hb Mei, 2018, jumlah yang sama telah diberikan atas tujuan tersebut. Berdasarkan maklumat yang kami terima, pembayaran tersebut adalah separuh dari jumlah yang dijanjikan.

3. Selepas pembayaran pertama itu, Lim Guan Eng telah dibebaskan dari pertuduhan rasuah pada 3/09/2018. Ironinya, pada tarikh yang sama, baki RM 2.5 juta telah dimasukkan kedalam akaun SPRM yang sama.

4. Pada 28/09/2018 setelah menerima RM5 juta yang disyaki telah di janjikan oleh Guan Eng, SPRM telah menarik balik arahan penjimatan yang dikeluarkan pada 8hb Jun 2018. Walaupun Lim Guan Eng cuba meyakinkan rakyat bahawa kerajaan mewarisi beban hutang yang tinggi dan tidak mempunyai wang, pada 11/12/2018 MOF telah membuat pembayaran atas nama Dana Penyelidikan Tambahan kepada SPRM sebanyak RM1 juta melalui akaun yang sama. Adakah bayaran ini dibuat untuk kes-kes lain yang digugurkan oleh pihak SPRM yang melibatkan Pimpinan Pakatan Harapan.

5. Pertuduhan terhadap Lim Guan Eng dan Phang Li Khoon juga tidak mungkin dapat digugurkan dengan mudah tanpa bantuan Peguam Negara, Tommy Thomas dan Tan Sri Richard Malanjum, Ketua Hakim Negara. Mereka berdua telah gagal menggunakan pertimbangan yang professional, beretika, dan sah di sisi undang-undang, dan pada masa yang sama telah menunjukkan konflik kepentingan yang jelas kerana Tommy sendiri pernah mewakili tertuduh di dalam kes ini.

6. Pendedahan hubungan akrab diantara Ketua Hakim Negara yang berdansa bersama Tommy Thomas, Peguam Negara dan Menteri JPM (Hal Ehwal Undang-Undang), Liew Vui Keong, jelas telah melanggar tataetika hakim 2009. Ini juga jelas mencabuli prinsip “separation of power dan the rule of law” yang menjadi asas keadilan di negara ini.

7. Apabila Sdr Muhsin Abdul Latheef membuat semakan semula ke atas keputusan Hakim YA Dato’ Hadhariah binti Syed Ismail. YA Hakim Dato’ Abd Wahab bin Mohamed telah dinamakan bagi menjalankan semakan kehakiman terhadap keputusan YA Dato’ Hadhariah. Walaubagaimanapun, apa yang mengejutkan kami, di pagi kes tersebut sepatutnya didengar, seakanaka ada arahan dari pihak tertinggi badan kehakiman yang meminta YA Hakim Dato’ Hadhariah binti Syed Ismail mendengar semakan keputusan telah dibuat oleh diri beliau sendiri dari atas’ pada hari yang sama, Hakim YA Datuk Hadhariah diarahkan untuk menggantikan Datuk Abd Wahab bagi membuat semakan kehakiman terhadap keputusannya sendiri. Jelas, kejadian ini merupakan satu terjemahan yang mengjengkelkan terhadap kredibiliti institusi kehakiman negara. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.