Ketidakadilan Mengancam Keadilan, Undi Calon BN Untuk Tolak ‘Double Standard’

KUALA LUMPUR, 25 Jan – Bukti cukup jelas sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, pihak Pakatan Harapan (PH) terang-terangan menyalahgunakan kuasa dan memberi rasuah dengan gambar dan video menjadi tular, tetapi tiada tindakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BERSIH, bidas Ketua UMNO Bahagian Batu Pakat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Sedangkan katanya, Mahkamah membatalkan kemenangan Naib Presiden MIC, Datuk C. Sivarraajh dari Barisan Nasional (BN) atas tuduhan rasuah.

“Inilah praktis ketidakadilan yang mengancam keadilan di Malaysia,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya.

Ujar beliau, bukti paling jelas dan kukuh ialah penggunaan kenderaan Jabatan Perhutanan Pahang yang mana memang ada ‘niat’ menipu kerana logo Jabatan Hutan ditutup dua lapis dengan logo PH dan bendera Malaysia selain terdapat pula bahan-bahan kempen parti DAP di dalamnya.

“Kalau ‘gentleman’ kenapa logo Jabatan Hutan mesti ditutup. Bukan itu sahaja Ahli Parlimen Raub, Tengku Zulpuri Shah dari Dap secara samseng mempertahankan tindakannya itu dengan membuat kecoh di tempat penginapan jentera BN.

“Lim Kit Siang pula mendakwa duit yang dibagi adalah duit minyak. Itu jawapan untuk menghalalkan rasuah. Kalau begitu kenapa pula Sivarraajh dijatuhkan hukuman bersalah.”

Soal beliau, apa kita boleh buat dengan praktis ‘double standard’ ini?

“Semoga rakyat Cameron Highlands termasuk masyarakat Orang Asli akan menghukum kerajaan PH yang bongkak itu. Undilah calon BN Ramli Mohd Nor,” katanya lagi.

Cameron Highlands dimenangi Sivarraajh pada Pilihan Raya Umum 9 Mei lalu namun, kerusi itu diisytiharkan kosong oleh Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur dengan alasan wujud elemen rasuah ketika berkempen. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.