Himpunan Aman Desak Janji Manifesto PH

GEORGE TOWN, 18 Ogos – Sekumpulan 50 orang anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH)  melaksanakan semua janji manifesto yang dibuat semasa Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) lepas walaupun tempoh 100 hari telah berakhir.

Timbalan Presiden Civil Human Right Movement Malaysia ( CHARM) Datin Hasnah Abdul Rahman berkata mereka berkumpul hari ini bagi menyuarakan suara rakyat serta menuntut segala janji yang telah dijanjikan PH demi kepentingan orang ramai.

“Walaupun tempoh 100 hari yang dijanjikan sebelum ini sudah berakhir semalam, Kerajaan PH perlu mencari jalan terbaik untuk melaksanakan semua perkara yang dijanjikan dan bukan hanya mencari kesalahan kerajaan terdahulu .Berhenti cari kesalahan (kerajaan terdahulu).

Hasnah yang datang dari Kuala Lumpur semata-mata untuk menyertai bantahan itu berharap kerajaan PH mendengar suara rakyat dan prihatin dengan nasib mereka yang menunggu janji-janji manifesto kerana mereka mengundi parti itu berikutan janji tersebut.

Sementara itu, Penasihat Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan berkata banyak janji yang dimungkiri kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed sehingga menimbulkan keraguan mengenai kemampuannya untuk terus mentadbir kerajaan.

Katanya beberapa perkara yang dijanjikan gagal dikotakan antaranya mengenai pemansuhan  bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), harga minyak petrol turun, pelaksanaan gaji minimum swasta RM1,500, malah gaji penjawat awam juga tidak dinaikkan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.