Cerita Sebenar Mengenai 1MDB Harus Diketahui – KJ

KUALA LUMPUR, 17 Ogos – Bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata cerita sebenar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diketahui dan beliau sekali gus menyokong perkara itu disiasat semula Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Beliau menegaskan bukan sahaja rakyat mahu tahu kebenaran mengenai skandal 1MDB, malah Barisan Nasional (BN) dan UMNO juga mahu memastikan ia diselesaikan sepenuhnya.

“UMNO dan BN tak mahu lagi memikul ‘biawak hidup’ ini…kes 1MDB ini harus diselesaikan. Kami (UMNO dan BN) mahu kebenaran dan cerita sebenar mengenai 1MDB.

“Saya sebagai bekas anggota Kabinet kerajaan terdahulu (BN)…tidak mengetahui beberapa perkara dan ada juga perkara dirahsiakan daripada pengetahuan kami semua,” katanya.

Khairy ditemui pemberita selepas merasmikan kedai menjual pelbagai produk dan barangan hasil ciptaan usahawan tempatan di sini hari ini.

Beliau mengulas langkah Dewan Rakyat semalam meluluskan usul agar Ketua Audit Negara dan PAC menyiasat semula penyelewengan dan skandal 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.