Khairy Letak Jawatan Komander 508 Askar Wataniah

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin meletak jawatan sebagai Komander Regimen 508 Askar Wataniah hari ini.

Khairy dalam catatan di laman Twitter hari ini berkata beliau turut menyerahkan surat permohonan pembatalan tauliah kepada Asisten Panglima Pasukan Simpanan Mejar Jeneral Datuk Zainal Abidin M.Said.

“Terima kasih kepada warga 508AW atas kerjasama selama hampir lima tahun saya menjadi Komander,” katanya yang menyertai Askar Wataniah pada 20 Jan 2010.

Beliau ditauliah sebagai Kolonel pada 28 Okt 2013, sebelum dinaikkan pangkat ke Brigadier Jeneral berkuat kuasa 14 Jan 2015.

Khairy dilantik sebagai Komander Rejimen 508 Askar Wataniah pada Januari 2014 selepas menerima tauliah daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.