“Kenapa Tidak Pertikai Tajaan Hari Lahir Tun… Kenapa Pertikai Najib Terima Banyak Hadiah,” – Tajuddin

Azlina Rosdy

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – “Sebagai seorang yang sudah lama dalam dunia politik, dari jadi Menteri Besar sampai jadi Perdana Menteri… sudah pasti banyak hadiah yang Datuk Seri Najib terima. Saya sendiri pernah bagi hadiah kepada beliau semasa dia hadir ke majlis perkahwinan anak saya. Jadi apa yang hendak dihairankan,” ujar Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian kepada media di lobi Parlimen ketika ditanya adakah beliau terkejut dengan pelbagai isu yang dibongkarkan oleh kerajaan baru yang melibatkan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jelas Tajuddin, sebagai seorang yang berjawatan sudah pasti hadiah yang diterima adalah berkualiti dan bernilai tinggi.

“…takkan nak bagi hadiah yang murah? Kalau nak bagi beg tangan pun takkan nak bagi beg tangan pasar malam, mesti yang beli di pusat membeli-belah. Kumpul punya kumpul bertimbunlah kat rumah, kalau dia buat benda tidak betul dia sorok… kalau sebulan dua tiga kali kali 20 tahun berapa banyak… ‘use your brain man’…,” tegas beliau.

Tajuddin turut berkata, mengapa tiada siapa yang mempertikaikan tajaan sambutan hari lahir Perdana Menteri Tun Dr. Mahathri Mohamad yang mungkin menelan belanja lebih dari 100 ribu ringgit.

“Tun Mahathir… siapa yang sambut hari lahir dia? Siapa taja? Mungkin tidak bagi hadiah tapi taja hari lahir mungkin lebih 100 ribu ringgit.

“Kenapa dia taja hari lahir Tun? Kamu semua fikirlah…,” katanya lagi secara sinis. – MediaUMNO

Komen Anda


3 months ago