Timbalan Speaker Dilihat Berat Sebelah, Cuba Selamatkan Guan Eng

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Timbalan Speaker, Nga Kor Meng dilihat berat sebelah apabila beberapa akan-akan kali cuba menyelamatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam sidang Dewan Parlimen hari ini.

Sesi petang Dewan Parlimen tegang apabila ahli-ahli parlimen pembangkang Barisan Nasional (BN) tidak puas hati jawapan Guan Eng selepas menuduh ‘Kerajaan BN merompak refund GST’.

“Menteri adalah bekas akauntan bertauliah, dia tahu macam mana nak kira wang,” itu antara ungkapan Nga apabila Guan Eng ‘dibelasah’ dalam Dewan Rakyat.

Nga sekali lagi mencelah menyelamatkan Guan Eng yang didesak supaya menarik balik perkataan ‘merompak’ dengan berkata, itu adalah laporan audit perbendaharaan Kementerian Kewangan.

“Ini bukan sangkaan jahat. Ini adalah keputusan saya di bawah perkara peraturan 43, peraturan mesyuarat.”

Kekecohan yang berlaku ini adalah kesinambungan perbahasan isu sama sejak semalam apabila Guan Eng mendakwa sejumlah RM19 bilion wang pembayaran balik tidak dikembalikan sebaliknya dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan bukan Wang Amanah. – MediaUMNO

@umnoonline

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.