Penghapusan GST Bakal Menyebabkan Negara Mengalami Defisit Berganda

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan memberi amaran bahawa dengan penamatan GST akan menyebabkan berlakunya defisit berganda di mana kerajaan berkemungkinan besar terpaksa berhutang untuk membayar gaji kakitangan awam.

Jelasnya, jika berlaku defisit berganda, segala rating agensi akan meletakkan penarafan yang rendah dan negara pula dari secara keseluruhan ekonominya, akan berada pada tahap yang merudum.

“Saya ingin mengimbas pandangan bekas bank negara mengenai jika tidak dilaksanakan GST, defisit Malaysia daripada 3.1 peratus dianggar akan meningkat sehingga ke 6 hingga 7 peratus. Satu USD bersamaan dengan RM 4 berkemungkinan akan merudum sehingga ke RM 6 – RM 7 untuk satu USD.

“Penghapusan GST ini juga menurut beliau, akan menyebabkan berlakunya defisit berganda. Apa maksud defisit berganda?  Kerajaan dulu, meminjam untuk pembangunan Development Expanditure (DE), tetapi kita tidak pernah meminjam untuk membayar gaji OE (Operating Expenditure), iaitu kita tidak pernah meminjam untuk membayar gaji.

“Jika tidak ada GST, negara terpaksa berhutang untuk membayar gaji, maka berlakulah defisit OE juga. Dengan adanya GST, defisit berganda itu boleh dielakkan dan telahpun dielakkan oleh kerajaan terdahulu.

“Jadi dalam hal ini, kita tidak boleh menafikan bahawa sistem pelaksanaan cukai GST ini telah menyelamatkan ekonomi negara. Kita tidak boleh menafikan fakta itu.Tanyalah pakar-pakar ekonomi di dalam negara kita,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media bertempat di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mencadangkan agar Kastam DiRaja Malaysia dijadikan sebuah badan korporat di mana skim perkhidmatannya akan menjadi lebih baik sebagaimana Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Katanya lagi, sekiranya Kastam DiRaja Malaysia dikorporatkan, beliau yakin bahawa pengutipan hasil juga akan menjadi lebih berkesan sekiranya agensi Kastam itu dikorporatkan, gaji akan meningkat, lebih kuasa otonomi, persekitaran kerja yang lebih canggih dan Kastam akan menjadi organisasi yang bertaraf dunia.

“Jadi saya ingin menggesa kerajaan PH agar meneruskan usaha-usaha yang telah dibuat sebelum ini untuk mengkoporatkan agensi Kastam DiRaja Malaysia,”jelasnya.-MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.