UMNO Sudah Ingatkan… Pas Kini Terbukti Dipermainkan PPBM – Noor Hariri

KUALA LUMPUR, 29 Dis – UMNO Kelantan tidak terkejut dengan apa yang terjadi di Perlis, tegas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Noor Hariri Mohamed Noor. Menurutnya, perebutan kuasa antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) semakin kelihatan. “UMNO pernah ingatkan Pas dahulu bagaimana PPBM banyak permainkan persahabatan yang dihulur. “Kena ingat, PPBM adalah […]

» Read more

Tony Pua… Kepintaran Atau Keangkuhan Politik?

1. Sikap Tony Pua yang mengejek dan menyindir mereka yang bersimpati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dalam isu Addendum Najib Razak menunjukkan satu sikap biasa dalam politik elit iaitu pintar dari segi intelek, tetapi lemah dari segi emosi dan kematangan sosial. 2. ⁠Tiada siapa menafikan latar pendidikan Tony Pua dari University of Oxford. Namun sejarah lama mengajar bahawa kecerdasan tinggi (IQ) […]

» Read more

Kemelut Politik Perlis: Siapa Pertahan Kerjasama?

🔴 Kemelut yang berlaku dalam kerajaan negeri Perlis kian panas. Kehadiran atau campur tangan Pengerusi PN Perlis dengan kenyataannya yang kemelut ini “akan berakhir secara adik beradik” tidak menjadi. Episod semakin panas apabila PAS mengambil tindakan drastik memberhentikan keahlian ketiga-tiga ADUN mereka yang membuat SD hilang kepercayaan kepada YAB Ahmad Shukri sebagai MB. ⚫️ Tindakan tegas dan berani. Sebenarnya tindakan […]

» Read more

UMNO Johor Bahru Kecam Kenyataan Pemimpin Dap, Tidak Sensitif

JOHOR BAHRU, 24 Dis – UMNO Bahagian Johor Bahru mengecam tindakan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin (Dap) yang meraikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan kes melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu. Tegas Ketuanya Datuk Yahya Jaafar, ia merupakan satu tindakan tidak sensitif dan tidak menghormati rakan gabungan. “Ia turut menunjukkan kegagalan sebahagian pimpinan […]

» Read more

Kes Najib: “Perlu Ditegaskan Bahawa Ini Bukan Soal Individu Semata-mata”

KUALA LUMPUR, 23 Dis – “Perlu ditegaskan bahawa ini bukan soal individu semata-mata, tetapi soal titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mempunyai kedudukan tertinggi dalam sistem Perlembagaan Negara.” Demikian kata Naib Ketua Pemuda UMNO Sungai Buloh, Zuree Affendie Dzuraimi berhubung isu Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Ujarnya, perkara tersebut menyentuh kuasa prerogatif Raja-Raja Melayu yang termaktub […]

» Read more

DNAA: UMNO Johor Hormati Proses Undang-Undang, Yakin Kepimpinan Presiden Parti

TEBRAU, 23 Dis – UMNO Negeri Johor menghormati proses undang-undang berhubung isu permohonan semakan kehakiman keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 September 2023 yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman. Menerusi satu kenyataan, beliau menegaskan bahawa UMNO turut menghormati kebebasan dan kewibawaan institusi kehakiman […]

» Read more

Kuasa Prerogatif Agong Dipersoal Secara Terbuka, Diraikan Tanpa Rasa Hormat

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Johan Abd Aziz membidas tindakan hantaran pemimpin Dap di media sosial yang mencetuskan polemik pada semalam. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata ini kerana Dap ketika mahu membentuk Kerajaan Perpaduan dahulu menggunakan titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebagai asas legitimasi, namun kini memperkecilkan institusi […]

» Read more

Politik Matang Menuntut Kebijaksanaan, Bukan Ejekan

SUNGAI PETANI, 23 Dis – Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menegaskan bahawa politik matang menuntut kebijaksanaan, bukannya ejekan. Ini kerana katanya, kenyataan yang dimuat naik oleh Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin terhadap keputusan mahkamah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak adalah bersifat sinis dan dan tidak berempati. “Saya memandang serius kenyataan yang dimuat […]

» Read more

Jangan Jadi ‘Kaduk Naik Junjung’… Dinamika Politik Ada Pada UMNO

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan para pemimpin Dap untuk tidak menjadi seperti kata pepatah ‘kaduk naik junjung’. Ini kerana katanya, tidak wajar untuk meraikan sesuatu yang tidak perlu diraikan apatah lagi apabila ia berhubung keputusan mahkamah mengenai Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Kepada pemimpin Dap, […]

» Read more

Kes Najib Razak: Sindiran Rakan Kerajaan Perpaduan Tidak Sepatutnya Berlaku

KUALA LUMPUR, 22 Dis – Tindakan sesetengah rakan dalam Kerajaan Perpaduan menyindir perjuangan UMNO berhubung Titah Adendum bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak sepatutnya berlaku, tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir. Ujarnya, keputusan mahkamah pada Isnin berkaitan usaha untuk membolehkan Najib menjalani hukuman di rumah menjadi titik duka kepada setiap ahli […]

» Read more
1 60 61 62 63 64 413