Najib Mohon Keluarkan Empat Hakim Utama Daripada Panel Dengar Saman Misfeasans

PUTRAJAYA, 6 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu empat hakim utama dikeluarkan daripada bersidang dalam panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan untuk mendengar permohonan semakan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi saman misfeasans dikemukakan beliau (Dr Mahathir) berhubung salah guna kuasa sebagai penjawat awam. Peguam mewakili Najib, Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun memberitahu mahkamah pelantikan Ketua Hakim […]

» Read more

Pemuda UMNO Desak Tun M Nyata Pendirian Perjuangan Anak Terhadap LGBT

NIBONG TEBAL, 5 Ogos – Pemuda UMNO Nibong Tebal menyelar kenyataan anak Perdana Menteri Marina Mahathir yang menuntut hak sama rata bagi komuniti Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT). Ketuanya Mohd Norhiesam Ismail berkata, Tun Mahathir seharusnya menegur anak beliau kerana LGBT ditolak bukan sahaja oleh agama Islam tetapi oleh agama-agama lain juga. “Baru-baru ini Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad […]

» Read more

Jika Inilah Semangat Orang UMNO, Kita Mampu Bangkit – Ketua Penerangan

  KLANG, 4 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah melahirkan rasa berpuas hati dengan jentera Barisan Nasional (BN) yang masih setia bertugas bagi memastikan orang ramai keluar mengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis. Jelas beliau, tinjauan yang dilakukan di beberapa lokasi pengundian menunjukkan para petugas begitu tekun bagi mendapatkan […]

» Read more

SPR Terima Notis Kekosongan Kerusi Dun Seri Setia Pagi Ini

SHAH ALAM, 3 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima pemakluman rasmi berhubung kekosongan luar jangka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia daripada Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim, pagi ini. Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata kekosongan itu adalah berikutan kematian penyandangnya Prof Dr Shaharuddin Badaruddin, petang semalam. “SPR akan mengadakan mesyuarat mengenai kekosongan tersebut minggu […]

» Read more

Tujuh NGO Desak Kula Segaran Hindari Isu Sensitif, Tumpu Selesaikan Isu TVET Yang Kritikal

KUALA LUMPUR, 2 Ogos – Gabungan tujuh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini mendesak Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran supaya menghindari isu-isu sensitif dan kontroversi dan menumpukan perhatian beliau menyelesaikan isu TVET yang dikatakan semakin kritikal dengan melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Seterusnya, jelas Gabungan NGO itu, Kula Segaran sepatutnya menumpukan perhatian beliau untuk menyelesaikan isu-isu yang […]

» Read more

Kerajaan PH Dibidas, Trend Jawapan ‘Akan Kaji Semula’

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar membidas sikap kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang sering membatalkan atau menggunakan alasan kaji semula terhadap semua projek dan dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN). Jelas beliau, perkara sebegitu seolah-olah menjadi trend kepada kerajaan baru ini. “Saya ucapkan terima kasih kepada […]

» Read more

Isu Khazanah Nasional : Adakah Kerajaan Menggunakan Skrip Dan Alasan Basi?

Khazanah Nasional Berhad mengumumkan barisan baharu pengarahnya yang diketuai oleh Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir sebagai Pengerusi. Antara yang turut dilantik menganggotai ahli lembaga pengarah adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Hassan Merican. Pelantikan ahli lembaga pengarah ini dibuat selepas sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah meletak jawatan pada […]

» Read more

Impian Rakyat Untuk Hidup Selesa Di Bawah Kerajaan Baru Hanya Tinggal Harapan – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 30 Julai – Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, impian rakyat kononnya selepas Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk pimpinan, kehidupan mereka akan semakin selesa kini hanya tinggal harapan. Jelas beliau, peneroka Felda juga menerima nasib yang sama apabila janji untuk menghapuskan hutang peneroka sehingga kini tidak dilaksana. “Saya yakin mandat dan keyakinan yang diberikan […]

» Read more

Himpunan Ummah Petanda Kemarahan Umat Islam Terhadap Kerajaan – Najib

KLANG, 29 Julai – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan himpunan ummah sebagai isyarat kemarahan orang-orang Melayu terhadap segala isu-isu yang berkaitan Islam dan Melayu sejak akhir-akhir ini. Menurut beliau, kini orang Melayu dan umat Islam merasa resah dengan apa yang berlaku selepas berlakunya perubahan kerajaan pada 9 Mei yang lalu. “Apa yang sedang berlaku di dalam […]

» Read more

Pilih Calon BN Pastikan Kerajaan Negeri Lebih Berakauntibiliti – Khairy

  KLANG, 28 Julai – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya Barisan Nasional (BN) menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti, kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin. “BN boleh tawarkan kepada rakyat di Sungai Kandis kerana kita perlukan jumlah pembangkang yang lebih kuat […]

» Read more
1 406 407 408 409 410 412