Pilih Calon BN Pastikan Kerajaan Negeri Lebih Berakauntibiliti – Khairy

 

KLANG, 28 Julai – Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis harus bijak memilih wakil rakyat baharu kerana sekiranya Barisan Nasional (BN) menang, suara pembangkang akan menjadi lebih kuat bagi memastikan kerajaan negeri lebih berakauntabiliti, kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

“BN boleh tawarkan kepada rakyat di Sungai Kandis kerana kita perlukan jumlah pembangkang yang lebih kuat memandangkan jumlah ADUN di DUN Selangor terlalu berat sebelah kepada PH.

“Saya rasa elok kita ada lebih ramai lagi pembangkang kerana apabila ada suara lebih ramai lagi pembangkang maka kerajaan negeri akan lebih akauntabiliti. Inilah yang kita maksudkan demokrasi yang matang kerana demokrasi dwi-parti di Selangor sangat sangat berat sebelah.”

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau mengharapkan pengundi Sungai Kandis dapat menyumbang kepada adanya semak dan seimbang di Selangor.

“Kalau tidak tidak ada ‘check and balance’ maka inilah masa dan kita dah tengok keputusan keseluruhan.

“Tidak salah kalau pengundi di sini memberikan undi kepada BN untuk semak dan seimbang, kalau kerajaan terlalu kuat dan kita tahu dalam keadaan Malaysia baharu maka tidak salah kalau pengundi di Sungai Kandis memilih BN,” katanya kepada pemberita selepas membantu kempen calon BN Datuk Lokman Noor Adam di Taman Setia, Johan Setia, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai situasi politik di Sungai Kandis hasil jelajahnya membantu kempen BN hari ini walaupun bertemu dengan penyokong PKR, Khairy mengakui wujudnya kematangan politik di kawasan itu dan ia bertepatan dengan konsep Malaysia Baharu yang tidak mengamalkan serangan politik peribadi, ganas mahupun samseng. – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.